Wednesday, July 29, 2009

Orang gilak~

Orang Gila Juga Yg Boleh Menasihati Orang Gila

Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya.
Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas
hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjang satu tiang lampu
yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan
mengarahkan Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah
hospital, "Mat!!Turun Mat nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.

Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu ndak kami potong
tiang lampu ni" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan
gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu., Namun Mat tidak
bergerak pun untuk turun. Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun
Mat!"teriak seorang sarjan polis, kalau kau nda turun nanti kami
bom tiang ini dan kau mati!!Turun Mat!. Mat tidak turun-turun juga.

Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman
Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu.
"Man!Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang
lampu"Tolonglah Man ya!

Jawab Man"Ohhh!!!Itu senang jak" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu
itu.

Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man! Man nak pilih alat yang
mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu. "Ahh!Man nak gergaji!"

Baiklah! Ambillah gergaji itu.
Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang
lampu itu. Man pun berteriak, "Hoi Mat!!!Bgs ko turun, kalau ko nda
turun aku tebang tiang lampu ni!!Ko turun cepat!!"

Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang
itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas
hospital. Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang
sedangkan bomba dan polis datang Mat nda turun?

Jawab Mat; "Polis ka bomba ka, dorg nda akan buat!Tapi Man ni
bila dia cakap tue dia akan buat sebab Man tu GILA!

No comments:

Post a Comment